Sunday, February 3, 2013

Hukum- Hukum Gerakan Newton ( Wikipedia)


Hukum-hukum gerakan Newton adalah tiga hukum fizik yang menyediakan hubungan antara daya dengan jasad dan pergerakan jasad. Semua itu disatukan oleh Sir Isaac Newton dalam hasil kerjanya Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (1687). Hukum-hukum tersebut membentuk asas kepada mekanik klasik dan Newton sendiri banyak menggunakan hukum-hukum ini untuk menerangkan banyak kesan yang berkaitan dengan gerakan objek fizikal, Dalam jilid ketiga teks tersebut, beliau menunjukkan bahawa hukum gerakan, digabungkan dengan hukum kegravitian semesta, menerangkan hukum gerakan planet Kepler.
Secara ringkasnya, hukum-hukum ini menyatakan:
  1. Sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan pegun, atau bergerak dengan halaju malar, melainkan wujudnya daya yang bertindak ke atasnya.
  2. Kadar perubahan momentum bagi bagi sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atasnya.
  3. Bagi setiap objek yang bertindak ke atas sesuatu objek, objek akan mengenakan daya yang sama tetapi berlawanan arah.

[sunting]
Hukum-hukum

Hukum gerakan Newton menerangkan pecutan bagi jasad yang besar. Dalam bahasa moden, hukum menyatakan:
Hukum Pertama
Jika tiada daya bersih yang bertindak ke atas sesuatu zarah, maka adalah mungkin untuk memilih satu set rangka rujukan, yang dipanggil rangka rujukan inersia, yang dicerap dari pergerakan zarah tanpa sebarang perubahan dalam halaju.
Hukum Kedua
Dicerap dari rangka rujukan inersia, daya bersih ke atas sesuatu zarah adalah berkadaran dengan perubahan masa bagi momentumlinear: F = d[mv]/dt. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju. Hukum ini selalu dinyatakan sebagai F=ma(daya ke atas suatu objek sama dengan jisimnya didarab dengan pecutannya).
Hukum Ketiga
Setiap kali suatu zarah A mengenakan daya pada zarah lain iaitu BB pada masa yang sama akan mengenakan daya kepada Adengan magnitud yang sama dalam arah yang berlawanan. Bentuk hukum yang kuat ini kemudian mempostulatkan bahawa kedua-dua daya ini bertindak pada garis yang sama.

Prof. Dr. Muhaya - Pengorbanan Dalam Kehidupan

Prof. Dr. Muhaya - Reset Minda Orang Tenang

Prof. Dr. Muhaya - Keseimbangan Dalam Kehidupan

Prof. Dr. Muhaya - Takut Dalam Kehidupan

Prof. Dr. Muhaya - Jenis Orang Dalam Kehidupan

Prof. Dr. Muhaya - Kerugian Dalam Kehidupan

Prof. Dr. Muhaya - Ketenangan Dalam Kehidupan

Saturday, January 5, 2013

Persediaan Untuk UPS II


Assalamualaikum semua..Cikgu Mazlinda nak ingatkan pelajar-pelajar matriks sekalian UPS xlama lagi. Buatlah persediaan awal, gunakan pengalaman di Sem 1 untuk mengatur strategi menghadapi UPS II kali ini. JANGAN ambil mudah dan remeh semua benda. Sepertimana yang saya selalu katakan "do the Best Among the Best". Seperkara lagi semua pelajar perlulah cemerlang dalam semua subjek kerana pointer amat penting untuk kelayakan ke universiti. Jangan memilih subjek kerana cikgu yang kamu suka. Bagi subjek saya pulak pelbagai aktiviti sedang dijalankan bagi menghadapi UPS ini. Saya mewakili pensyarah Fizik KMNS amat mengalukan peyertaan pelajar-pelajar yang berkenaan. Semoga usaha yang kami lakukan dapat membantu pelajar-pelajar dan untuk kecemerlangan KMNS.

Motivasi Diri Prof Dr Muhaya

kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang 3 perkara payah buat. 1. baik pada org yg tak baik pada kita. 2. jaga nama orangyg sedang di umpat, 3. akui kesilapan sendiri... kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang... layan manusia seperti mana mereka ingin dilayan. layan manusia macam mana kita ingin dilayan. lagi ramai kawan lagi murah rezeki... Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain... hidup ini adalah DIY... "Do It Yourself...!!!" nak jadi isteri yang disayangi suami, jadilah wanita yg EKSKLUSIF.. yg hanya suami dpt melihat kecantikan kita... jgn krn mencari harta dunia yg sedikit, kita menjual akhirat... berkawan dgn org yg b*d*h... dgn bergaduh dgn org yg baik... lebih baik bergaduh dgn org yang baik... org yg hebat akan membuatkan org lain merasa hebat.. ttp org yg kecil akan suka mengecil2kan org lain... org yg suka membuka keaiban org lain, suka mencari kesalahan org lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri... jgn kejar cita2... tapi kejarlah makna kehidupan... sesiapa yg takut pd Allah, takkan takut pd apa2 yg lain... tetapi sesiapa yg tak takut pd Allah, dia akan takut pd banyak perkara... orang yang bijak, dia tidak reaktif.. tetapi produktif... org yg selalu kata tak de masa sebenarnya adh org yg tidak tahu menguruskan masa... jgn ada sindrom kita rasa kita 'budget bagus' siapa pandang dunia, akhirat dia takkan nampak... tp siapa yg kejar akhirat, dunia akan kejar dia... We don't interact with the world but we interact with our interpretation of the world. So if we interpret in positive manner we have a positive result in our life.. Orang yg sihat rohaninya, sihat emosinya, sihat badannya... orang yg kenyang dgn kasih sayang Allah tak perlu kasih sayang manusia... orang yg bahagia dgn Allah akan bahagia dgn manusia... kita ada pilihanraya setiap hari... iman ke nafsu.. dosa ke pahala.. syurga ke neraka... taat ke maksiat.. Allah redha ke Allah murka... memberi nasihat mudah tapi teima nasihat payah terutama bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dunia... Nilai kita akan turun bila kita sibukkan diri dengan benda yang tak berfaedah atau maksiat... manusia dihormati dgn akal. orang ditipu kerana tidak pernah berfikir. orang yang bijak akan memastikan apa dia buat adalah jalan selamat... Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...